Monday, January 15, 2018

PETANI KAMPUNG JANA PENDAPATAN DALAM MEDIA SOSIAL

Assalamualaikum semua. Pasti ramai yang tertanya tanya macam mana Ayoh Loh mampu menjana pendapatan dari dunia pertanian secara kampung hingga ke dunia media sosial

Jika kita mahu, kita pasti akan berusaha dengan lebih kuat! Jadi apa yang Ayoh Loh buat? Pada tahun 2011 Ayoh Loh hanya mengikuti program azam tani dibawah seliaan MARDI kelantan. Kenapa Ayoh Loh mengikuti program ini?  Salah satu sebab nya adalah kerana Ayoh Loh ingin menambah pendapatan! Jadi Ayoh Loh memilih untuk tanam kunyit. Hasil nya agak lambat tapi Ayoh Loh tak pernah putus asa.

Hampir semua program yang MARDI anjurkan Ayoh Loh akan libatkan diri. Yanf paling best bila duduk bawah bimbingan mardi segala ilmu mereka ajar! Hasil tanaman ni Ayoh Loh jual di pasar tani. Pada awalnya cukup menampung keperluan keluarga. Nak menyimpan banyak tu belum mampu pada saat itu.

Pada tahun 2016 anak Ayoh Loh bantu Ayoh Loh pasarkan hasil tanaman dalam media sosial. Ya Allah syukur tak terkata Ayoh Loh mampu menjana lebih banyak pendapatan. Apa yang Ayoh Loh jual? Kunyit Sawa dan juga benih kunyit sawa.  Memang media sosial banyak membantu meningkatkan hasil pendapatan Ayoh Loh. malah,  ada diantara mereka yang sanggup datang ke kebun Ayoh Loh untuk belajar cara menanam kunyit dan ada yang membeli benih kunyit beratus ratus kilo.

Pada tahun 2016 juga,  hasil tanaman Ayoh Loh semakin meningkat apabila anak ayoh Loh menghasilkan produk berasaskan kunyit sawa dibawah bimbingan MARDI. Alhamdulillah produk masker kunyit dan sabun kunyit Ayoh Loh kini berada dipasaran online di seluruh malaysia termasuk Sabah dan Sarawak serta negara Brunei.

👇 Lawatan pihak MARDI Negeri Kelantan ke kebun kunyit Ayoh Loh terletak di Kota Bharu Kelantan

👇 Cara penanaman kunyit sawa

👇 Bersama hasil tanaman


 Anak Ayoh Loh merupakan pengasas produk kecantikan berasaskan kunyit sawa. Beliau merupakan graduan lepasan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Makmal Perubatan (Kepujian) dari Fakulti Kesihatan,  UiTM.

👇 Produk masker kunyit sawa yang dibimbing oleh Mardi

👇  Sabun kunyit sawa dari kebun kunyit Ayoh Loh.


Saturday, January 13, 2018

Cara Penanaman Kunyit Sawa- Projek Azam Tani MARDI bermula 2011

Assalamualaikum..seperti yang dijanjikan Laira Galeri Kunyit HQ berkongsi cara dan pengalaman menanam kunyit sawa hasil didikan Mardi Kelantan selama 5tahun di bawah projek Azam Tani..boleh share, komen dan like untuk berkongsi pengalaman

Kunci penting penanaman Kunyit:
^Pemilihan jenis tanah
^sumber air
^sumber cahaya matahari
^Penggunaan Baja

Majula Pertanian Mengubah Destini Bangsa

***pengalaman@ilmu@idea@pendapat oleh ayoh loh pengusaha kunyit sawa
***Pengolahan Ayat serta gambar dari kebun kunyit ayoh loh disusun oleh anak pengusaha kunyit sendiri Rusilawaty Bt Abdullah(founder Masker Kunyit Asli DAN sabun kunyit dari Kebun Ayoh Loh) merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Makmal Perubatan (Kepujian)Fakulti Sains Kesihatan, Uitm Puncak Alam.

Strategi pemasaran dan kaedah penanaman secara modern turut diolah oleh anak pengusaha kunyit : Ross Syamiera, sedang menuntut dalam Ijazah Sarjana Muda Perniagaan (kepujian)Uitm, dan lepasan diploma sains pertanian uitm jengka.

Jom kita ikuti beberapa cara yang kami gunakana. 👇

1) PERSIAPAN TEMPAT /KAWASAN
👆 Persiapan yang kami lakukan di kebun sebelum memulakan tanaman kunyit. Faktor penting yang perlu diambil kira adalah seperti lokasi tanam, jenis tanah dan juga tempoh persiapan

*Lokasi tanaman* samada di perkarangan rumah, kebun atau ladang

*Jenis Tanah* Pemilihan tanah yang baik akan mempengaruhi hasil tanaman. Antara tanah yang sesuai untuk tanaman kunyit adalah seperti tanah gembur dan juga tanah yang mempunyai organik yang terbaik. 

*Tempoh Persiapan* Biasanya sebulan (30 hari) sebelum memulakan tanaman.

2) PEMBUKAAN TANAH

Untuk membuka tanah,  beberapa perkara perlu dimabil kira seperti cara yang digunakan untuk membuka tanah,  suhu dan juga tempoh.

*cara membuka tanah*  samada tanah tersebut perlu dicangkul atau dibajak.  Tujuan? Hal ini adalah untuk menggemburkan tanah dan lapisan permukaan tanah (top soil), dan juga tanah dari dalam(sub soil).

*Suhu yang optimum* (sesuai)  19- 30 degree celcius.  Walau bagaimanapun apa yang penting adalah gemburkan tanah terlebih dahulu supaya proses pembesaran kunyit tidak terbantut. 

*Tempoh masa tanah yang sudah digembur* Biarkan tanah tersebut selama 1-2 minggu supaya gas beracun dan hama dari dalam tanah (sub soil) dapat dimusnahkan apabila terkena cahaya matahari. 


3) PEMBINAAN BATAS TANAMAN KUNYIT

*Cara membuat lubang* Perlu digali lubang tersebut hinggah mencecah 2kaki. Rujuk pada gambar di atas 👆.  

*Peralatan yang diperlukan* Dua perkara penting yang perlu ada seperti cangkul dan tali untuk mengukur.

4) PEMILIHAN BENIH KUNYIT

Pemilihan benih kunyit akan mempengaruhi hasil tanaman. Dua pekara yang perlu dititikberatkan semasa pemilihan benih kunyit

* Saiz dan kualiti* 

*Boleh disemai (rendam didalam air,  jangan terlalu lama, cukup sekadar pastikan benih tersebut berada dalam keadaan lembap.  Jika dibiarkan terlalu lama,  benih akan rosak.  Semai benih tersebut hingga tercetusnya tunas.  SWalaubagaimanapun benih tersebut boleh ditanam terus jika keadaan tanah sudah lembap. 

5) CARA MENANAM BENIH KUNYIT SERTA PENGGUNAAN BAJA ORGANIK
a) Gaulkan sedikit baja organik bersama tanah yang sudah digembur.  Tujuan?  Bagi meningkatkan jumlah anak,  daun serta meluaskan kawasan. 
b)  Kegunaan Baja organik. Contoh: Baja dari sumber haiwan seperti tahi ayam,  tahi kambing dan sebagainya. 
c)  Kedalaman benih kunyit : Tanam benih dalam lubang yang digali mengikut cara yang ditunjukkan (rujuk pada no 3: Pembinaan Batas Tanaman Kunyit). Pastikan permukaan tanah gembur yang ditimbun dengan benih tersebut berada dalam keadaan yang baik (anggaran 2 inchi) 
d)  Kekerapan menyiram benih kunyit: Perlu dilakukan seeloknya 2x sehari (pagi dan petang) bergantung pada cuaca. 

6)PENGGUNAAN BAJA KONVENSIONAL (BAJA KIMIA) 

Tempoh yang sesuai untuk menggunakan baja kimia seperti dalam gambar di atas 👆  adalah 2-3 bulan selepas penggunaan baja organik.  
Baja kimia yang biasa digunakan adalah seperti baja cap singa kuda (15-15-15). Baja cap singa kuda biasanya digunakan untuk menjadikan daun dan pokok tumbuh dengan lebih besar. 


6 cara tersebut seringkali digunakan oleh Ayoh Loh bagi memastikan tanaman kunyit tumbuh dengan lebih baik. Jom kita saksikan kebun kunyit Ayoh Loh dan Produk yang dihasilkan dari kebun kunyit. 

Contoh pembinaan batas yang cantik dan tersusun adalah seperti dalam gambar dibawah 👇 


Kebun kunyit Ayoh Loh 👇  terletak di Kota Bharu Kelantan.  Projek azam tani dibawah seliaan Mardi Kelantan. 


Hasil bunga kunyit yang terdapat dikebun Ayoh Loh 👇

 Hasil kunyit sawa dari kebun Ayoh Loh 👇

Masker kunyit yang pertama dari kebun ayoh loh 👇


Produk masker kunyit Ayoh Loh kini bernaung dibawah seliaan Mardi Kelantan dibawah projek Agroprenuer Muda.


 Inilah wajah Ayoh Loh bersama hasil tanaman kunyit 👇


Ok semua selamat membaca. Nanti kami update lagi mengenai kebun kunyit dan produk kami😇😇

Thursday, January 11, 2018

Pengenalan Laira Galeri Kunyit Asli HQ

Hai Assalamualaikum semua. Blog ini baru sahaja ditubuhkan oleh Laira Galeri kunyit Asli HQ. ha,  cuba teka apa yang menarik nya dengan blog ini?

Insya Allah kami akan ceritakan pelbagai perkara mengenai kunyit. Tapi you all jangan la ingat ini geng kunyit ya😂😂

Ok kami kenalkan diri. Kami menjual masker kunyit dan sabun kunyit dari kebun kami sendiri tau. Jangan terkejut kami ada kebun kunyit. Hehe.

Projek tanaman kunyit kami ni dibawah projek azam tani MARDI 2011 lagi tau. Mula mula tanam kunyit jer. Untuk dijual dan untuk makan. Kunyit apa tau tak? Kunyit sawa. Mesti you all tak kenal kan?? Cuba tanya mak you all khasiat kunyit sawa tu

Produk kami pula?? Nanti kami share lagi.
nah kebun kunyit kami. Besar kan daun nya

Daun kunyit sawa. Kebun kami terletak di kota Bharu Kelantan