Jika kita mahu, kita pasti akan berusaha dengan lebih kuat! Jadi apa yang Ayoh Loh buat? Pada tahun 2011 Ayoh Loh hanya mengikuti program azam tani dibawah seliaan MARDI kelantan. Kenapa Ayoh Loh mengikuti program ini? Salah satu sebab nya adalah kerana Ayoh Loh ingin menambah pendapatan! Jadi Ayoh Loh memilih untuk tanam kunyit. Hasil nya agak lambat tapi Ayoh Loh tak pernah putus asa.
Hampir semua program yang MARDI anjurkan Ayoh Loh akan libatkan diri. Yanf paling best bila duduk bawah bimbingan mardi segala ilmu mereka ajar! Hasil tanaman ni Ayoh Loh jual di pasar tani. Pada awalnya cukup menampung keperluan keluarga. Nak menyimpan banyak tu belum mampu pada saat itu.
Pada tahun 2016 anak Ayoh Loh bantu Ayoh Loh pasarkan hasil tanaman dalam media sosial. Ya Allah syukur tak terkata Ayoh Loh mampu menjana lebih banyak pendapatan. Apa yang Ayoh Loh jual? Kunyit Sawa dan juga benih kunyit sawa. Memang media sosial banyak membantu meningkatkan hasil pendapatan Ayoh Loh. malah, ada diantara mereka yang sanggup datang ke kebun Ayoh Loh untuk belajar cara menanam kunyit dan ada yang membeli benih kunyit beratus ratus kilo.
Pada tahun 2016 juga, hasil tanaman Ayoh Loh semakin meningkat apabila anak ayoh Loh menghasilkan produk berasaskan kunyit sawa dibawah bimbingan MARDI. Alhamdulillah produk masker kunyit dan sabun kunyit Ayoh Loh kini berada dipasaran online di seluruh malaysia termasuk Sabah dan Sarawak serta negara Brunei.
👇 Lawatan pihak MARDI Negeri Kelantan ke kebun kunyit Ayoh Loh terletak di Kota Bharu Kelantan
👇 Cara penanaman kunyit sawa
👇 Bersama hasil tanaman
👇 Produk masker kunyit sawa yang dibimbing oleh Mardi
👇 Sabun kunyit sawa dari kebun kunyit Ayoh Loh.
No comments:
Post a Comment